Jamal Abdillah Umum Isteri H4mil Anak Ke-5, Sekali ini Komen Yamani

Ramai peminat tumpang gembira apabila mengetahui isteri kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati kini sedang ham.il 12 minggu.

Bukan sahaja peminat yang teruja mendengar berita itu, malah anak sulung Jamal yang juga penyanyi iaitu Yamani Abdillah turut memberitahu tidak sabar menanti kelahiran adik kelima itu.

Kata Yamani atau nama sebenar Osama Yamani Abdillah, 20, dia sendiri terkejut apabila mengetahui mengenai berita kehamil.an yang dikongsi bapanya itu.

Foto: IG

“Seronok bila dapat tahu nak dapat adik lagi… Alhamdulillah! masa awal-awal tu saya pun tak tahu, selalu mesej bapa tanya khabar sahaja. Rupa-rupanya ada surprise, tak lama lagi bakal dapat adik kelima.

“Teruja bila mengetahui berita itu. Saya harap yang kelima ni biar lelaki lagi la… sebab senang sikit nak jaga nanti! Mungkin dah cukup lima beradik lepas ini kami boleh buat band pula.

“Apa-apa pun saya doakan semoga ibu tiri dan bayi dalam kandungan sihat sehingga hari kelahiran,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OSAMA YAMANI JAMAL 🇲🇾 (@yamaniabdillah)

Yamani merupakan anak sulung Jamal hasil perkahwinan dengan Noraina Mohd Yusof, manakala anak kedua iaitu Zaki Yamani, 15, pula daripada perkahwinan ketiga.

Jamal, 62, kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati, 27, pada 6 April 2017 dikurniakan dua cahaya mata, Nur Azura Yamani, 22 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack berusia sembilan bulan.

Berkongsi mengenai perkembangan seni, Yamani berkata dia terpaksa menangguhkan dua pelancaran lagu baharu tahun ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OSAMA YAMANI JAMAL 🇲🇾 (@yamaniabdillah)

Salah satu lagu adalah duet bersama bapanya yang sepatutnya sudah memulakan proses rakaman beberapa bulan lalu.

“Sebenarnya sedikit kec3wa dan sed1h kerana dua lagu saya tak dapat dilancarkan tahun ini. Satu lagu solo, manakala lagu kedua duet bersama bapa.

“Selepas PKP berakhir barulah kita sambung semula rakaman dan penggambaran video muzik. InsyaAllah mungkin tahun depan lagu ini akan dilancarkan untuk peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OSAMA YAMANI JAMAL 🇲🇾 (@yamaniabdillah)

“Lagi pula sekarang saya berada di Ipoh, Perak bersama keluarga sejak awal PKP bulan Mei lalu jadi tak boleh nak rentas negeri untuk sambung kerja. Kalau semua dah dibuka, kita teruskan kerja macam biasa,” katanya. -CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://transformasi.pw

Be the first to comment on "Jamal Abdillah Umum Isteri H4mil Anak Ke-5, Sekali ini Komen Yamani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*