[Video] Wanita Berdek4h Tarik Duit Jutaria Dari Kek, “Boleh Beli Rumah Dengan Hotel…”

Trend meletakkan duit di dalam kek hari jadi sudah menjadi satu ikutan ramai dalam memberikan kejutan kepada yang tersayang. Namun lain pula yang berlaku pada wanita ini apabila duit permainan Jutaria pula yang diletakkan di dalam kek hari jadinya ini yang turut membuatnya berdekah melihatnya.

Berbeza dengan yang biasa, wanita ini menerima duit permainan Jutaria itu bersama-sama beberapa wang Ringgit Malaysia yang sebenar. Video dikongsikan tersebut juga tular apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@syfqhzkla_ Simpan sini sebagai kenangan 🥰 suara gelak takdapat nak kawal dah 🤣 #fyp #birthday #party #family #love ♬ Oh No – Kreepa

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat sedang meraikan hari jadinya dan bersedia untuk menarik kejutan yang dimasukkan di dalam kek itu. Dia kemudiannya menarik wang yang disimpan di dalam kek itu dan dapat dilihat beberapa duit kertas yang ditarik.

Namun tidak lama kemudian, muncul pula duit permainan Jutaria yang disambung selepas itu sekaligus membuatkan wanita itu berdek4h melihatnya. Malah hampir keseluruhan duit yang ditariknya itu adalah duit permainan Jutaria dan bukannya duit sebenar.

kek

Rupa-rupanya hanya duit bernilai RM15 sahaja yang diberikan pada awalnya manakala yang selebihnya adalah duit permainan tersebut. Melihatkan kejutan yang diberikan, wanita itu dilihat tidak dapat berhenti ketawa semasa menarik duit yang dimasukkan di dalam kek itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat kejutan yang diberikan pada wanita ini. Ada yang berseloroh meminta wanita itu untuk tidak membuang duit itu memandangkan dia boleh membeli rumah dan hotel dengannya.

“Jutaria pun boleh. Jangan lupa labur okay.”

wanita berdekah

“Jangan lupa beli tanah banyak-banyak.”

duit jutaria

“Pasni boleh buat beli rumah dengan hotel.”

komen

“Jangan buang duit tu boleh beli rumah dengan tapak.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Wanita Berdek4h Tarik Duit Jutaria Dari Kek, “Boleh Beli Rumah Dengan Hotel…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*