Saya Pun Ada Perasaan..”Terg4mak Or4ng Tulis ‘Janna Nick S4kit Ment4l, Buuuu”

Meski pernah berkongsi sebelum ini mengenai masalah gangguan bipolar yang dihadapi dan sekaligus memaklumkan tahap kesihatannya, namun Janna Nick berkongsi dia tak terlepas menjadi m4ngsa buli siber.

Dia did4kwa sebagai individu yang mempunyai penyakit mental.

Perkara tersebut didedahkan Janna menerusi Insta Stories yang memuat naik tangkap layar komen pengguna Instagram mengenai hal berkaitan.

“Janna Nick orang sak1t mental. Buuuu,” tulis individu terbabit.

Janna turut memberikan reaksi ‘okay’ pada komen tersebut dan mengulas mengenai hal itu secara terperinci.

“KENYATAAN SEKARANG. JADI ARTIS JE TAK BOLEH CAKAP BENDA YANG SALAH. JADI NETIZEN SEMUA BENDA LA BOLEH CAKAP. SEMUA BENDA LA BOLEH ULAS.

“KITA NI TAK PAYAH ADA PERASAAN. YE LAH, DAH JADI PUBLIC FIGURE KAN TERIMA JE LA APA KRITIKAN ORANG…,” tulisnya.

Menerusi beberapa status lain, Janna yang turut menerima beberapa pendapat dari para pengikutnya menerusi Ask Me Question dan turut memberikan reaksi terhadap pendapat yang diberikan peminat.

“Tak payah nak bangga sangat dapat jadi pembuli siber terhebat. Saya tak faham apa kejayaan anda dapat kecam orang. Adakah anda rasa puas dapat komen benda yang negatif. Sangat pelik,” katanya.

Janna pada masa sama turut pelik kerana ada yang sanggup menulis komen buruk semata-mata yang seterusnya turut mencerminkan diri sebenar seseorang itu.

“Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana boleh ada manusia yang pergi ke akaun orang semata-mata nak komen benda yang teruk dan menyakitkan hati.

“Saya pun pengguna media sosial juga tapi tiadalah pergi tengok benda yang kita sendiri tak suka dan komen.

“Benda ini sangat serius kerana boleh mencerminkan hati anda. Saya pun tidaklah baik, tapi kalau benda yang saya suka saya akan komen positif.

“Namun kalau saya tak suka, saya pilih untuk diam. Tidaklah gigih nak muat naik hantaran atau nak kutvk orang,” katanya.

“Sebab itu saya beritahu semua saya ada masalah gangguan bipolar. Bukan sebab nak perhatian anda, tapi sebab nak beritahu.

“Orang yang nampak gembira dan ceria pun boleh ada g4ngguan ment4l. Bukan orang pakai baju compang-camping je mental dan gangguan ment4l tak semestinya g1la,” katanya lagi.

 

Sumber:MH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.dnq.pw

Be the first to comment on "Saya Pun Ada Perasaan..”Terg4mak Or4ng Tulis ‘Janna Nick S4kit Ment4l, Buuuu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*