Nampak Real! Siti Pun Teruja Tengok Dirinya Sebagai Patung Barbie, Nak Belikan Untuk Aafiyah Kalau Dijual

Barbie merupakan jenama patung mainan popular dalam kalangan kanak-kanak. Sejak sekian lama, jenama ini sering bekerjasama dengan selebriti tersohor luar negara dalam usaha untuk memasarkan patung Barbie edisi istimewa mereka.

Antara patung Barbie versi selebriti yang pernah dipasarkan dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia termasuklah patung Barbie Britney Spears, Beyonce, Cher dan Audrey Hepburn.

Bercerita dengan Gempak, Syafiq, 25, berkata, dia mula membuat suntingan terhadap gambar-gambar Siti untuk dijadikan patung Barbie selepas rakan-rakannya memberi pendapat bahawa stail Siti sesuai untuk dijadikan figurin.

“Kawan saya berkata, look Siti yang ini sesuai jika dioleh menjadi patung dan dari situ, saya sunting dan kini mendapat perhatian di laman Twitter. Mungkin ramai memang dahagakan sesuatu yang saya sifatkan ikonik daripada legenda Malaysia yang satu ini,” katanya.

Setakat ini, lebih 50 suntingan yang telah dihasilkan Syafiq. Namun, disebabkan gambar-gambar yang ada di internet beresolusi rendah, ia sedikit sebanyak membantutkan usaha Syafiq untuk menyunting lebih banyak rekaan.

“Kalau banyak gambar raw atau resolusi tinggi, mungkin lagi banyak suntingan mampu saya hasilkan. Boleh saya katanya, kawan-kawan di Twitter sangat membantu.

“Akaun peminat yang selalu menjadi penggerak pemasaran Siti di laman Twitter memang banyak memberi idea dan kami selalu bertukar pendapat, lebih-lebih lagi apabila ia berpusat pada titik yang sama iaitu untuk melihat nama Siti Nurhaliza semakin disegani di persada muzik,” katanya yang meminati Siti sejak kecil.

Menurut Syafiq, jika suatu hari nanti wujud projek kerjasama antara Barbie dan Siti, dia yakin bahawa projek berkenaan pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lebih menarik, tuan empunya badan iaitu Siti Nurhaliza sendiri teruja dengan hasil kerja Syafiq dan mahu membelikan untuk anak perempuannya, Siti Aafiyah jika patung permainan Barbie itu benar-benar wujud.

“Jika satu hari nanti wujud projek seperti ‘Siti Nurhaliza x Barbie’, pasti ramai yang akan mendapatkannya untuk dijadikan koleksi.

“Siti sendiri memberi komen yang dia ingin beli dan menghadiahkan kepada Aafiyah jika patung berkenaan benar-benar terjual di pasaran,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ditanya, apa istimewanya seorang bernama Siti Nurhaliza di matanya, Syafiq menjawab: “Beliau sentiasa meletakkan orang tua sebagai panduan hidup. Tidak terlalu berlebihan… beliau sentiasa tenang dan bersyukur dengan apa yang beliau ada,” tutup Syafiq.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Nampak Real! Siti Pun Teruja Tengok Dirinya Sebagai Patung Barbie, Nak Belikan Untuk Aafiyah Kalau Dijual"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*