Ikut Keluar D4kwah Tabligh, Ramai Doakan Shuk Sahar Terus Istiqomah

Kebelakangan ini, seronok kita lihat apabila ramai artis yang berkongsi momen keluar mengikuti tabligh ataupun majlis-majlis ilmu yang bermanfaat.

Hal ini bukan sahaja membuat orang sekeliling gembira bahkan kesungguhan mereka pasti mampu menarik orang ramai untuk sama-sama berubah kearah yang lebih positif.

Salah seorang selebriti yang turut keluar ke jalan Allah ialah Shuk Sahar iaitu artis yang sebelum ini kerap dihambat kontr0versi berkenaan isu rumah.

Menerusi laman sosial Dakwah Tabligh, beberapa gambar Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar  telah menarik perhatian apabila dimaklumkan turut keluar mengikuti tabligh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dakwah Tabligh (@dakwahtablighmalaysia)

Dalam perkongsian yang dibuat, pihak Dakwah Tabligh Malaysia juga berharap orang ramai dapar mendoakan supaya Shuk istiqomah dalam apa yang sedang dijalaninya.

Mereka sempat meninggalkan sedikit nukilan nasihat berhubung istiqomah dalam hidup.

Shuk turut memuat naik gambar bersama seseorang yang dipanggil Maulana Helmi dan berharap akan berjumpa lagi di masa hadapan. Dia juga mengucapkan terima kasih kerana memberi pinjam menaiki kuda miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫 (@shuk_sahar)

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang melihat posting berkenaan telah meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Shuk akan kekal istiqomah menjadi lebih baik.

Mereka  berharap agar kontroversi yang pernah melanda selebriti berkenaan sejak setahun yang lalu tidak berulang lagi sehingga hampir ‘meranapkan’ kerjaya seninya.

 

Sumber: OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "Ikut Keluar D4kwah Tabligh, Ramai Doakan Shuk Sahar Terus Istiqomah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*