Sambut hari jadi ke-31, keunikan kek Fattah Amin tarik phatian. Ini sebabnya kenapa kek macam tu

Aktor dan penyanyi, Fattah Amin menitipkan ucapan terima kasih di atas ingatan dan doa daripada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini.

Menerusi posting di laman Instagram, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin berkongsi beberapa foto sekitar majlis sambutan hari jadinya yang ke-31 itu bersama isteri, Fazura dan anak mereka Nur Fatima Aisya.

“Terima kasih semua atas ingatan dan dan doa. I feel so grateful and blessed for this life,” tulisnya yang meluahkan rasa syukur.

Sementara itu, Fazura yang juga aktres tidak lupa membuat dedikasi istimewa buat aktor drama Hero Seorang Cinderella itu dengan berterima kasih atas kesabaran dan kasih sayang sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Dia juga mendoakan agar suaminya itu sentiasa dilindungi dan dirahm4ti Allah SWT dan mengakhiri dedikasi tersebut dengan ucapan sayang.

Pada majlis bertemakan rona biru itu, salah satu kek turut menarik perhatian warganet kerana bentuknya unik yang dihasilkan berdasarkan foto Fatima sedang tidur lena di atas Fattah.

Sambut hari jadi ke-31, keunikan kek Fattah Amin tarik phatian. Ini sebabnya kenapa kek macam tu

Sambut hari jadi ke-31, keunikan kek Fattah Amin tarik phatian. Ini sebabnya kenapa kek macam tu

Selamat hari jadi Fattah Amin! Semoga berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. Amin..

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

 

Sumber: Instagram Fattah Amin & Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber  :  http://newzpower.com/

Be the first to comment on "Sambut hari jadi ke-31, keunikan kek Fattah Amin tarik phatian. Ini sebabnya kenapa kek macam tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*