Bayi lapan bulan Shahrol Shiro bakal jalani pembed4han selamatkan buah pinggang kiri – “Dia lahir dengan satu buah pinggang”

PERKEMBANGAN masalah buah pinggang anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan selepas doktor memberitahu organ berkenaan kini semakin memb3ngkak dan 80 peratus salurannya telah tersumb4t.

Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkata, anak kedua yang berusia lapan bulan itu perlu menjalani pembed4han secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Rabu lepas kami bawa Ismail untuk menjalani ujian Mag3 di Sunway Medical Centre bagi mengetahui lebih lanjut keadaan buah pinggang dia. Doktor beritahu buah pinggang kanan Ismail tiada, maksudnya dia lahir dengan hanya satu buah pinggang sahaja di sebelah kiri.

“Kami memang tidak tahu sebab masa saya hamil, tak terfikir untuk buat detail scan. Saya juga tidak mengalami sebarang masalah kesihatan atau alahan ketika itu. Setiap kali hadir ke pemeriksaan bulanan, doktor cakap saya dan anak okay.

“Doktor sarankan pembed4han perlu dilakukan segera sebab 80 peratus saluran buah pinggang ke pundi kenc1ng tersumb4t dan menyebabkan buah pinggangnya bengk4k,” katanya kepada mStar.

Nor Farhanah berkata, Shahrol nampak tenang namun sering memikirkan keadaan Ismail.

Kata Nor Farhanah, walaupun diberi tempoh masa sebulan, namun dia dan Shahrol enggan berlengah memandangkan Ismail hanya bergantung kepada satu buah pinggang sahaja.

“Kos yang dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail selepas pembed4han. InsyaAllah, dalam seminggu dua ini kami usahakan untuk pembed4han.

“Tapi doktor pun ada bagi tahu selepas pembed4han ini kemungkinan saluran tersumbat itu akan berulang tapi sejauh mana tahap seriusnya kita tidak tahu. Ada tahap yang boleh dirawat dengan makan ub4t sahaja.

“Walaupun kami diberitahu pembed4han ini berat untuk Ismail namun demi kebaikan dia dan kami amat mengharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

 

Kos yang dianggarkan antara RM30,000 hingga RM40,000 bergantung kepada keadaan Ismail selepas pembed4han.

NOR FARHANAH

ISTERI SHAHROL SHIRO

Biarpun masih sed1h dan terkejut dengan keadaan kesihatan Ismail, namun dia bersyukur kerana dapat mengesan awal masalah yang dialami anaknya itu.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat tahu awal dan kami boleh beri rawat4n dengan pembed4han ini tidak sampai ke tahap dialisis.

“Masa awal-awal dapat tahu perkara ini, saya dan suami memang rasa Ismail dalam keadaan yang teruk sehinggalah Rabu lepas apabila doktor menjelaskan keadaan sebenar, kami sedikit lega kerana buah pinggang kirinya masih boleh berfungsi dengan baik jika ia dijaga dengan rapi,” katanya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Bayi lapan bulan Shahrol Shiro bakal jalani pembed4han selamatkan buah pinggang kiri – “Dia lahir dengan satu buah pinggang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*