“Saya Tak Tahu Bila B0leh Ded4hkan” Shuib Bagitahu Seb4b Seben4r Tanggvh K0ngsi W4jah Anak

SETELAH mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama, Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah bayi pramatangnya, Ayash Affan kepada umum.

Bukan sengaja mahu membiarkan peminat terus ternanti-nanti, Shuib berkata keputusan itu diambil demi keselamatan bayi berusia lebih sebulan itu.

“Tentang wajah Ayash, wallahualam saya tak tahu bila boleh ded4hkan.

“Saya ada bertanya dengan beberapa ustaz risau dengan penyakit ain apabila orang puji comel sebab dia belum matang lagi.

“Kalau ikut sunah Nabi SAW pun bayi kecil ni tak perlu expose dulu, kecuali keluarga,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Shuib memberikan tumpuan kepada anak-anaknya.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 37, berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin sempena 40 hari pemergian Allahy4rham Siti Sarah pada Jumaat malam.

Untuk pengetahuan, peny4kit ain ialah sejenis peny4kit berpunca daripada pandangan mata.

Tambah Shuib, apabila tiba masanya nanti dia tidak keberatan untuk berkongsi hadiah terakhir arwah isterinya kepada umum.

“Saya tahu ramai yang nak tengok wajah Ayash sebab semua orang nak tahu perjalanan cerita dan kronologinya.

Saya akan terus berehat daripada bidang seni sebab nak beri tumpuan kepada penjagaan Ayash

“Penghujungnya mesti nak tengok Ayash. Tapi sebab bukan semua orang seronok tengok, mungkin itu (punca) kadang-kadang anak kita sak1t.

“Jadi tunggu anak dah besar pandai merangkak dulu,” katanya.

Dalam pada itu Shuib yang pada Januari lalu mengumumkan mula berehat daripada bidang seni berkata keputusan itu kekal hingga ke satu tempoh yang belum diketahuinya.

Ujar bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu, fokus utamanya kini adalah untuk anak-anak selain perniagaan minumannya.

“Saya akan terus berehat daripada bidang seni sebab nak beri tumpuan kepada penjagaan Ayash.

Shuib ambil keputusan berehat daripada dunia seni buat sementara waktu.

“Ada beberapa program yang saya dah tarik diri sebab taknak nanti apabila kena beri komitmen tapi saya tak dapat. Jadi saya cakap awal-awal dan mereka faham,” katanya.

Menurut Shuib, sebagai bapa kepada bayi pramatang dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya agar tumbesarannya tidak terjejas.

“Apabila Ayash dah balik ni penjagaan dia perlu rapi sebab dia masih lagi bayi pramatang.

“Dari segi penjagaan banyak benda nak kena pastikan, tak boleh ada asap… tak boleh kena habuk sebab paru-paru dia masih lagi premature.

“Jadi buat masa sekarang saya tak boleh nak keluar sebab taknak ada benda-benda tak diingini berlaku.

“Perniagaan pula boleh berjalan macam biasa, saya boleh pantau dari rumah dan ada team boleh handle. Lagi pun sudah tiga ke empat bulan saya tak masuk pejabat, mereka faham,” katanya.

Dalam masa yang sama, dilihat pada hantaran terbaru bapa kepada penyanyi, Allahy4rham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi pusara anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan a.rwah.

“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat pusara a.rwah Siti Sarah. Kasih seorang abah. Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?.

“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia tak boleh melawan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?.

“Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa. Sama-sama kita doakan agar a.rwah tenang di sana & rohnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.

 

Sumber: trending sgt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj

Be the first to comment on "“Saya Tak Tahu Bila B0leh Ded4hkan” Shuib Bagitahu Seb4b Seben4r Tanggvh K0ngsi W4jah Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*