Nama Terpalit Kontr0versi, Ebit Lew Tenang Bercuti Dengan ‘Bidadari’ Di Langkawi

Meskipun menjadi bualan hang4t warganet sejak beberapa hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri selepas Langkawi diumumkan sebagai destinasi gelembung pelancongan negara sebelum meneruskan perjalanan bagi mis1 bantuan.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan mis1 dan keluar di jalan Allah. Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” tulisnya.

Selain itu, beliau juga memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya dan isteri yang dipanggil sebagai ‘bidadari’ itu sedang menikm4ti aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menerusi kapsyen, Ebit menitipkan kata-kata indah yang bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangan terbaik dalam hidupnya selain menasihati agar menghargai orang sekeliling kerana Allah SWT.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.
“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.
“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan.
“Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang,” tulisnya.

Terdahulu, nama beliau terpalit kontr0versi apabila pendakwah bebas dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mended4hkan perbualan mesej lucah daripada mangs4 yang did4kwa ada kaitan dengan seorang pendakwah terkenal.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "Nama Terpalit Kontr0versi, Ebit Lew Tenang Bercuti Dengan ‘Bidadari’ Di Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*