Ernie Zakri-Syamel umum berita gembira, Tahniah Buat Ernie Zakri dan Syamel

Pasangan sama cantik sama padan, Ernie Zakri dan Syamel sememangnya antara pasangan selebriti yang mempunyai peminat tersendiri.

Selamat bergelar pasangan suami isteri pada Mac lepas, ramai yang menanti ‘khabar gembira’ daripada mereka supaya dapat menambah ahli baru dalam keluarga.

Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian masing-masing di Instagram.

Keduanya menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Susulan daripada perkongsian tersebut, Intagram Ernie dan Syamel ini telah menuai ucapan tahniah daripada rakan selebriti, kenalan rapat serta peminat yang sentiasa mendoakan mereka.

Tahniah Ernie Zakri dan Syamel

 

Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri pernah menafikan desas-desus yang mendakwa dia kini sedang berbadan dua.

Nampak baby bump?

Bagaimanapun lain pula cerita hari ini. Hantaran video yang dimuat naik di Instagram (IG) Ernie seakan mengukuhkan dakwaan tersebut benar apabila jelas memperlihatkan ‘baby bump’.

Walaupun dalam rakaman itu pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri memilih mengenakan pakaian warna hitam namun ia tidak dapat menutupi sosok tubuhnya.

Kawan selebriti pecah lubang

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Ernie dan suami, Syamel dipermudahkan Allah.

@elfiraloy: I can see already, ahhh cute! @idayuofficial: Jalan slow slow adik ye. “@adeldraadell: Baby bump ke tu? “@azreennnnnnnn_: Kalau kata buncit tipulah.. Sis Erni ni kecik molek orangnya.. Takkan buncit macam tu.. mesti ada something ni.

Sehingga artikel ini ditulis, Ernie mahupun Syamel masih mengunci mulut mengenai hal tersebut.

Terdahulu, menerusi satu temu ramah pada 26 Ogos, pasangan sejoli ini menyatakan mereka tidak akan berahsia sekiranya mempunyai khabar gembira.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor.

 

Sumber : ohmymedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : https://livenewszone.com

Be the first to comment on "Ernie Zakri-Syamel umum berita gembira, Tahniah Buat Ernie Zakri dan Syamel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*