[Video] Peniaga Kecil Kongsi 4asa Dapat ‘order’ Pertama, “Seronok dia tu tak payah cakap la kan…”

Memulakan perniagaan bukanlah satu pengalaman yang mudah. Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi untuk menarik pelanggan membeli dari kedai kita, terutamanya dengan pesaing-pesaing yang ramai di luar sana.

Apabila menjual barang secara online pula, kebanyakkan pelanggan akan mencari kedai yang mempunyai ramai pembeli dan review menyebabkan kedai yang baru dibuka sukar untuk mendapat sambutan.

Jadi mana-mana peniaga pun pasti akan rasa bahagia apabila ada yang sudi membeli dari kedai mereka walaupun belum ada orang lain yang datang untuk membeli.

Sebuah video yang tular di Twitter ini pula menunjukkan seorang peniaga kecil gembira menerima pesanan pertama dan menunjukkan keterujaannya membungkus produk untuk pelanggan pertamanya.

Untuk menunjukkan penghargaannya, remaja itu menyertakan pelbagai freegift dalam pesanan tersebut dan menyertakan sekali sekeping nota istimewa untuk pelanggannya.

Perkongsian remaja itu mengundang ramai peniaga kecil untuk berkongsikan perasaan masing-masing apabila mendapat pesanan pertama dari pelanggan.

“perasaan bungkus first order tuh hanya Allah yang tahu…”

“kat shopee suka cari yg sold 0…”

“lebih suka beli dgn seller yg jualan dy lngsung x de sape beli…”

“sampai tak boleh tidur…”

“Seronok dia tu tak payah cakap la kan…”

“rasa mcm ada ke orang nak beli kt aku ni…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Peniaga Kecil Kongsi 4asa Dapat ‘order’ Pertama, “Seronok dia tu tak payah cakap la kan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*