10 tahun menanti zuriat, Azmi Saat reda ujian Allah. Ini kata2 Dari Pengacara Terkenal Sarimah Ibrahim

PETALING JAYA: Bayi sulung vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat bersama isteri, Naziah Muhammad yang baru dilahirkan pada 27 September lalu telah meningg4l dunia.

Berita duka itu dikongsikan Azmi menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.

Terdahulu, Azmi sempat memuat naik perkembangan anak sulungnya itu yang tidak sihat beberapa hari selepas dilahirkan.

Menerusi perkongsian itu, Azmi memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anaknya yang lahir selepas 10 tahun penantian.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat, kami sedang diuji.

“Mungkin ada diantara kalian yang Allah makbulkan doanya.

“Tolong doakan moga Afnan Sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Sementara itu, perkongsian Azmi dihujani doa dan kata-kata semangat netizen termasuk rakan artis yang terkesan dengan berita duka tersebut.

Antara yang mendoakan adalah Wany Hasrita yang menitipkan ucapan takziah di ruangan komen.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Salam takziah abang. Baby Afnan tunggu di syurga,” tulisnya.

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim yang terkesan dengan berita sed1h itu turut menitipkan doa buat Azmi sekeluarga.

“Salam Takziah, Allahuakhbar. AlFatihah,” katanya.

“Awal-awal kami dah rasa tak sedap hati… dia tak bergerak” – Azmi Saat reda ujian Allah, harap arw4h anak jadi syafaat masuk syurga

EMPOH singkat untuk bergelar ibu bapa sudah pasti pengalaman yang cukup berharga bagi penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhamad.

Walaupun hanya tiga hari, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun meninggal dunia pada pukul 1.19 tengah hari khamis.

Ketika ditemui mStar, Azmi berkata sejak anak yang diberi nama Khairul Afnan dilahirkan secara pembedahan pada Isnin lalu, mereka sudah dimaklumkan tentang masalah dialami bayi tersebut.

“Doktor bagi kami pegang sekejap, lepas itu terus dipantau.

“Semakin lama keadaannya semakin menurun, dia tak bergerak dan perlukan bantuan alat pernafasan,” katanya kepada mStar.

Khairul Afnan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat kegag4lan fungsi 0tak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "10 tahun menanti zuriat, Azmi Saat reda ujian Allah. Ini kata2 Dari Pengacara Terkenal Sarimah Ibrahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*