“Pintu Rumah Dalam Keadaan Berkunci” -Polis Temui May4t Zolkples Di Rumah Selepas Gagal Dihubungi

Ampang: Polis menemui mayat bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong di rumahnya di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebelum itu bekas pembantu peribadi beliau membuat panggilan MERS 999 menyatakan Zolkples gagal dihubungi sejak malam semalam.

“Bertindak atas laporan, sepasukan anggota ke rumah teres dua tingkat yang dihuni beliau kira-kira 10 pagi untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pintu rumah dalam keadaan berkunci.

“Anggota cuba beberapa kali mengetuk pintu dan memanggilnya, namun tiada jawapan lalu memaksa anggota memecahkan pintu untuk masuk membuat pemeriksaan.

“Polis menemui arw4h dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan beliau sudah meningg4l dunia,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, keluarga memberitahu Allahyarham pernah membuat pembed4han jantung kira-kira 10 tahun lalu dan tidak menjalani rawatan susulan selepas itu.

“Menurut keluarga, arw4h juga ada membuat ujian saringan Cov1d-19 kali terakhir pada Jumaat lalu dan berkeputusan neg4tif,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jen4yah atau kesan pec4h masuk dan pergelutan.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai m4ti mengejut (SDR) dan punca sebenar kejadian masih dalam siasat4n.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sri Petaling, di sini, untuk pengurusan dan dijangka dikebvmikan di Kampung Sura, Dungun, Terengganu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan salah seorang pegawai di MSN mengesahkan kem4tian Zolkples dengan punca kem4tian masih belum diketahui.

Allahyarham pernah mengemudi MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Pintu Rumah Dalam Keadaan Berkunci” -Polis Temui May4t Zolkples Di Rumah Selepas Gagal Dihubungi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*