“Ya, Anak Aku Kini Bek4s Bandvan,” Luah Erma Fatima Tentang Ank Ketiganya

Tiada seorang ibu pun mahu anak kesayangannya menghabiskan masa remaja di dalam tirai besi. Namun, apabila sudah menunaikan tanggungjawab memberi segala ilmu di dunia dan di akhirat, anak itu sendiri yang bakal mencorakkan kehidupannya.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya memilih jalan hidup yang berliku. Erma Fatima begitu berani berkongsi di media sosialnya mengatakan anaknya seorang bekas banduan.

Kongsi Erma, “Ini ANAK AKU yang ke-3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yang terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun banyak kekurangan aku.

Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya.

Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenj4rakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penj4ra kerana aku kec3wa..sedih..h4ncur hati ini…hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia.

Semua di dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari p3njara. Anak-anak aku yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah. Semua takut aku tak terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya…Walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN.

Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku. “Mama tak malu ke bagi tahu orang anak mama bekas bandu4n?”. Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup aku yang aku terpaksa tempuh.

Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati…Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup. Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini. Itu saja. Nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penj4ra,” kongsi Erma Fatima.

 

Sumber:Nona

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : www.dnq.pw/

Be the first to comment on "“Ya, Anak Aku Kini Bek4s Bandvan,” Luah Erma Fatima Tentang Ank Ketiganya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*