“Dia Tk Bagi Saya Buat Kerja Berat-Berat” – Zizi Kirana Dedah Sikap R0mantis Yusuf Bahrin

Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.

Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.

“Dia tk bagi saya buat kerja berat-berat…Katanya tk payah. “Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tk biasa… “Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya,” katanya.

Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berseloroh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.

“Saya DM dia saya cakap; ‘Hai Zizi, lawa kasut’.

Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan balk.

“Soya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sak1t mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula,” ujar Yusuf.

Tambah Zizi; “Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri.” Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan.

Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.

“Apa paling penting sabar. Kalau tk ada sabar boleh gduh, cer4i. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian.

Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan eg0 masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.

Sementara itu, tambah Zizi; “Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.

“Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime.

Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan. Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri.”

Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.

“Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau mar4h pun dia, sedih pun diam. Susah nak Iuahkan perasaan dia. Jodi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu…,” ujarnya.

Pasangan berjodoh ekspres itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Sumber : Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : https://livenewszone.com

Be the first to comment on "“Dia Tk Bagi Saya Buat Kerja Berat-Berat” – Zizi Kirana Dedah Sikap R0mantis Yusuf Bahrin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*