Fizz Fairuz Gigih Cari Buah Gajus, Almy Nadia Menangis Terharu Dapat Penuhi Mengidam – ‘Kang Nanti Anak Saya Meleleh Kesian Dia’

Umum tahu pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keempat yang dijangka November ini.

Sama seperti ibu hamil lain, Almy juga merasai fasa mengidam apabila menginginkan buah gajus.

Bagi alasan nak pergi beli barang

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Kasih dengan isteri, Fizz, 41, nekad membuat kejutan mencari buah gajus bagi memenuhi permintaan ibu meng4ndung.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Almy, 35, menyatakan pada mulanya Fizz memberitahu yang mereka hanya keluar untuk pergi membeli barang.

Rupa-rupanya, Fizz membawa dia dan anak-anak ke rumah seorang wanita yang dipanggil ‘kak long’ untuk petik buah tersebut.

Terharu dengan usaha suami, Almy menangis sambil mengucapkan terima kasih ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Suami terbaik dunia akhirat

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji dengan sikap pemilik nama Mohd. Fairuz Zainal Abidin yang menitikberatkan keinginan isteri. Malah, ada segelintirnya pula teruja melihat buah gajus kerana dikatakan agak sukar untuk menjumpainya.

@roslili4: Suami yang terbaik dunia akhirat.

@farzey1704: Susah gila nak dapat buah ni.

@arfahrizan1: Buah gajus ini kegemaran saya tapi dah berkurun tak makan.

@sumiati_sue: Kalau teringin macam tu la kan, bila suami tunaikan menitik air mata.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Komen Netizen:

 

Sumber: Instagram @almynadiaofficial

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "Fizz Fairuz Gigih Cari Buah Gajus, Almy Nadia Menangis Terharu Dapat Penuhi Mengidam – ‘Kang Nanti Anak Saya Meleleh Kesian Dia’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*