“Isteri Selalu Mengig4u, Men4ngis Sendirian Rindukan Arw4h Anak”-Azmi Saat Keadaan Isteri Selepas Seminggu Pemergi4n Anak Buat Ramai Seb4k

KEHILANGAN cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan cukup meninggalkan kesan emosi kepada vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Naziah Muhammad.

Ujar Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 34, beberapa hari selepas pem3rgian bayi yang diberi nama Kharul Afnan pada 30 September lalu, isterinya berdepan tekanan.

“Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan men4ngis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.

“Sejujurnya saya lebih sed1h memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri… saya risau kesihatan dia terganggu.

“Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik,” katanya ketika dihubungi mStar.

Keadaan dan kesihatan Naziah Muhammad semakin baik.

Pada 27 September lalu Azmi berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun secara pembedahan.

Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila bayi yang berdepan masalah kegagalan fungsi otak sejak dilahirkan itu meninggal dunia tiga hari kemudian.

Kami akan tetap berusaha dapatkan anak. insyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.

Bercerita lanjut tentang kehidupan dia dan isteri selepas lebih seminggu kehilangan anak tercinta, Azmi berkata dia sudah kembali bekerja.

Namun kata Azmi, dia cuba melapangkan jadualnya pada waktu malam bagi memberi tumpuan kepada isteri yang sedang berp4ntang.

“Sekarang dah boleh kerja tapi saya hanya ambil waktu siang saja, waktu malam saya nak jaga isteri.

“Walaupun ada mak tolong jaga tapi tak sama dengan suami,” katanya.

Tambah Azmi dia dan isteri reda dengan ujian Allah dan akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.

Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September lalu.

“Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.

“Apa yang terjadi dalam hidup kami ni satu kisah yang tak boleh kami lupakan.

“InsyaAllah saya akan keluarkan lagu berkisarkan perjalanan dan kisah hidup kami yang menanti kehadiran anak namun berakhir dengan kesedihan,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber:Trending sangat

Be the first to comment on "“Isteri Selalu Mengig4u, Men4ngis Sendirian Rindukan Arw4h Anak”-Azmi Saat Keadaan Isteri Selepas Seminggu Pemergi4n Anak Buat Ramai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*