Kongsi Lirik Sed1h, Isteri Unfollow Shuk?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila meluahkan rasa di media sosial.

Terbaru, menerusi Insta Story, Sera berkongsikan beberapa klip muzik pendek lagu Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow mengisahkan mengenai kecurang4n.

Tidak pasti perkongsian itu ditujukan kepada siapa namun Sera seolah memberi isyarat rumah tangganya masih berdepan kesulitan. Malah, hasil tinjauan mendapati Sera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Terdahulu, Sera meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.

Sera berkata dia mempunyai bukti kukuh dengan apa yang diluahkan sebelum ini. Katanya lagi, selama ini dia bersabar demi dua anaknya meskipun dikecam tervk oleh orang ramai kerana sering memaafkan suaminya.

 

Sumber:  KOSMO!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber:Rotikaya

Be the first to comment on "Kongsi Lirik Sed1h, Isteri Unfollow Shuk?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*