Izwan Azir Salleh M0hon Media Berhenti Prom0sikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Salleh memohon pada pihak tertentu untuk menghentikan ‘drama’ di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida(DSV) dengan bekas pembantu peribadinya (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Drama Begitu Zaman Kita Menonton Opah Atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dulu Bolehlah”-Izwan

Menerusi laman Twitter, bekas pembaca berita TV3 ini menyifatkan drama sebegitu hanya dilayan pada era menonton drama popular Opah dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sahaja.

“Saya minta sangat-sangatlah media-media tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah.

Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja weyh?”- pesan Izwan

via Twitter

Ada Faktor Pembelian Ruang Berita Untuk Menjual Cerita

Tambah Izwan lagi, dia turut mendedahkan terdapat faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada untuk menjual cerita sebegitu.

“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on!

Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?”-Soal Izwan lagi

via Twitter

Beri Pesanan Pada Peminat ‘Cerita Samp4h’

Tegas Izwan, dia memberikan pesanan buat mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua figura tersebut tidak akan mendapat sebarang kebaikan waima kelebihan.

“Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke,

tak letak nasi dalam pinggan kita, tak bayar hut4ng bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu..”- kata Izwan

Terdahulu, Murai.my melaporkan bahawa DSV akui  telah terkena buatan sih1r daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia turut menegaskan bahawa ianya bukan lakonan selain meminta ustaz yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut.

 

Sumber : Murai my

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://trendinggiler.pw

Be the first to comment on "Izwan Azir Salleh M0hon Media Berhenti Prom0sikan ‘Drama’ DSV & Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*