Bekas Pramugari Kini Isteri Fizo Omar, Majlis Nikah Secara Tertutup Di J4nda Baik

Pengurus Fizo Omar iaitu Mimi mengesahkan pelakon tersebut telah selamat menamatkan zaman duda dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Janda Baik, Pahang pagi semalam.

Menurut laporan mStar Online, Mimi bagaimanapun memilih agar pelakon berusia 36 tahun itu sendiri yang mengumumkan mengenai berita gembira berkenaan selain boleh mended4hkan siapa gerangan suri hatinya.

“Alhamdulillah pagi semalam. Fizo buat majlis secara tertutup hanya keluarga terdekat sahaja yang datang. Tunggu nanti dia sendiri akan umumkan,” katanya.

Menerusi pencarian di media sosial, isteri pelakon drama Pengantin Satu Malam itu dikenali sebagai Fazeera Nazri yang juga merupakan bekas pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

Terdahulu, tular satu akaun Instagram @fazeeranazriaz yang menggunakan foto Fizo lengkap mengenakan baju Melayu bersama anaknya Wan Maryam sebagai gambar profil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FFazz (@fazeeranazriaz)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FFazz (@fazeeranazriaz)

Untuk makluman, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mawar Karim pada 2013 namun bercera1 pada 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

 

Sumber: mStar Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment on "Bekas Pramugari Kini Isteri Fizo Omar, Majlis Nikah Secara Tertutup Di J4nda Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*