Awie terima mesej terakhir ‘love you bro’ daripada Mamat Khalid – “Dia tak pernah mesej begitu… kalau bergurau pun kasar”

PERNAH beberapa kali bekerjasama dalam filem, penyanyi Datuk Awie menyifatkan Allahyarham Mamat Khalid satu-satunya bintang yang menyerlah dalam industri perfileman negara.

Berkongsi momen terakhir dengan Mamat, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 52, berkata, dia menerima mesej terakhir arwah beberapa minggu lalu yang dianggap sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

“Beberapa minggu lalu arw4h ada mesej berbunyi ‘Love you bro, cepat-cepat sembuh’. Dia tidak pernah mesej begitu dengan saya sebelum ini. Kalau bergurau pun kasar. Kemudian dia turut bertanya khabar.

“Kali terakhir kami berjumpa pada tayangan Kampung Pisang muzikal. Arw4h disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua krew,” katanya.

Awie berkata demikian kepada Sinar Harian yang turut menziarahi jenaz4h Mamat di rumah Allahyarham di Taman Ipoh Jaya Timur 1, Perak.

WhatsApp Image 2021-10-24 at 12.39.55 PM

Gambar kenangan Awie bersama arw4h Mamat Khalid.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sempat meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga arwah.

Tambah Awie, Allahyarham disifatkan sebagai seorang periang dan sentiasa tenang walaupun raut wajahnya kelihatan garang.

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak mereka dengan baik.

Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi

AWIE

PENYANYI / PELAKON

“Dia yang membawa saya hingga kekal dengan watak Husin. Sehingga ke akhir hayat arw4h masih memanggil saya dengan nama watak itu,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jenaz4h Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Masjid Kampung Paloh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Awie terima mesej terakhir ‘love you bro’ daripada Mamat Khalid – “Dia tak pernah mesej begitu… kalau bergurau pun kasar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*