Tak Pakai Mask, Tapi Nak Masuk Butik Klcc. Sekali Kena S0und Dgn Kj

Seorang wanita warga asing dilaporkan meng4muk di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota selepas dia dilarang memasuki salah sebuah butik mewah di premis itu berikutan gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Malah, wanita itu yang enggan mengenakan pelitup muka ketika berada di dalam pusat beli-belah terbabit turut dilihat bertengk4r dengan beberapa petugas butik selepas dia diminta untuk mematuhi SOP digariskan.

Tindakan menjengkelkan wanita itu dikongsi oleh salah seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden tersebut berlaku.

‘Sedang beratur di situ, tidak boleh masuk tanpa pelitup muka, wanita ini mahu masuk juga dan menyifatkan individu memakai pelitup muka sebagai komun1s.

“Tahniah kepada petugas butik itu dan buat @Khairykj dan @KKMPutrajaya, cari dan saman dia,” ciapnya tadi.

Dalam pada itu, menerusi dua video yang dimuat naik, wanita terbabit dilihat meminta kepada petugas premis untuk tidak melarangnya masuk memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara bebas.

“You can’t stop me, it a free country, do you know me shocked (awak tidak boleh hentikan saya, ini negara bebas, awak tahu saya terkejut),” katanya ringkas.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial terus melahirkan rasa mar4h di atas tindakan wanita warga asing berkenaan selepas dia dilihat cuba mencabar SOP ditetapkan oleh kerajaan.

VIDEO:

Pada masa sama, orang ramai turut mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh memasuki pusat beli-belah sedangkan SOP diamalkan di situ berada pada tahap maksimum setiap masa.

“Kenapa orang tak pakai pelitup muka boleh masuk mall? Kalau orang tempatan pengawal keselamatan tidak bagi masuk,” soal @meeloshake.

“Mall itu perlu memberi penjelasan bagaimana wanita itu boleh memasuki premis itu,” minta @Muhammadhafiz.

Penggunaan perkataan ‘Karen’ merujuk kepada sekelompok individu di luar negara yang menggunakan keistimewaan sebagai kaum kulit putih untuk beberapa perkara seperti tidak mahu mengenakan pelitup muka dan kebenaran memotong barisan.

“Di Rom ikut cara mereka tapi di Malaysia, tolong pakai pelitup muka!” – KJ beri am4ran patuhi SOP di negara ini

KALAU berada di Rom, ikut cara mereka (tapi) kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka.

Itu amaran yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung insiden seorang warga asing yang dikatakan bertengk4r dengan pekerja di KLCC kerana keengganannya memakai pelitup muka.

Khairy berkata, kementeriannya kini sedang mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak KLCC.

“Bila berada di Rom ikut cara mereka.

“Bila berada di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tak kira apa pun peraturan di tempat lain.

“KKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada KLCC,” tulisnya di akaun Twitter.

Terdahulu tular video seorang wanita warga asing yang berang apabila dilarang masuk sebuah premis di KLCC.

Video yang dikongsikan pengguna Twitter, @DFEfiercefun itu tular sehingga menyebabkan #Karen dan #KLCC menjadi trending.

 

Sumber : Kosmo Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Tak Pakai Mask, Tapi Nak Masuk Butik Klcc. Sekali Kena S0und Dgn Kj"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*