Tayang Foto ‘UItrasound’ B4yi, Cristiano Ronaldo Umum Bakal Dapat Anak Kembar!

Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo mengumumkan berita gembira di media sosial hari ini, dengan memuatnaik foto bersama pasangannya Georgina Rodriguez sambil menayangkan gambar ‘ultrasound’ bayi di Instagram.

Bakal Jadi Bapa Pada Enam Orang Cahaya Mata

Seperti sedia maklum,Cristiano merupakan bapa kepada empat orang cahaya mata, Cristiano Ronaldo Junior, Alana Martina Dos Santos Aveiro, Eva Maria Dos Santos, dan Mateo Ronaldo.

Namun ,kini pemain bola sepak tersohor ini berkongsi berita gembira bahawa keluarga mereka bakal menerima kehadiran sepasang anak kembar bersama kekasih tercintanya itu tidak lama lagi.

“Gembira nak mengumumkan kami bakal menimang kembar. Hati kami penuh dengan rasa cinta – Kami tak sabar menunggu untuk bertemu kamu. #blessed” tulis Cristiano

Foto – Instagram @cristiano

Satu Dunia Kongsi Kegembiran Dan Ucapan Tahniah

Berita yang dikongsi itu, membuatkan orang ramai dari seluruh pelosok dunia meluahkan rasa gembira buat pemain bola sepak tersebut. Malah mereka turut membanjiri ruangan komen di Instagram hantaran atlet sukan kacak ini.

Kebanyakan komen yang membanjiri ruang komen Cristiano adalah ucapan tahniah dan pelbagai emoji yang menggambarkan kegembiraan mereka terhadap berita yang dikongsikan atlet tersebut.

Foto – Instagram @cristiano

“Tahniah”

“Kembar”

“Panggil dia. Ini akan menjadi gambar paling banyak ‘liked’ dalam sejarah Instagram. Tahniah timang kembar!”

Foto – Instagram @cristiano

“Tahniah x 2”

“Berita hebat! Tahniah buat anda berdua”

“MENAKJUBKAN sangat gembira untuk anda berdua” komen mereka lagi

Tahniah Cristiano dan pasangan, makin besar keluarga!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : muraimy

Be the first to comment on "Tayang Foto ‘UItrasound’ B4yi, Cristiano Ronaldo Umum Bakal Dapat Anak Kembar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*