Fizz Fairuz, Almy Nadia sepakat tak setuju v4ksin anak-anak bawah 12 tahun – “Jangan mem4ksa, orang dewasa pun tak tahan”

KEPUTUSAN kerajaan ingin mendapatkan v4ksin jenis Pf1zer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun menimbulkan kebimbangan aktor Datuk Fizz Fairuz.

Tidak bersetuju dengan perkara tersebut, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berpendapat belum tiba masanya untuk memberikan v4ksin untuk kanak-kanak.

Bimbang akan memberi kesan yang teruk, pelakon berusia 42 tahun ini berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Fizz 1

Fizz memuat naik artikel mStar mengenai v4ksin untuk kanak-kanak.

“Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kesan terhadap mereka.

“Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ni umpama bapa.

“Jadi, mohon pertimbangan juga, jangan diperketatkan dan jangan memaksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil v4ksin influenza… anak saya pun ambil.

“Serba sedikit dapat juga membantu. Kalau boleh kita tangguh dahulu. Tunggu betul-betul v4ksin ni tak ada kesan pada kanak-kanak,” kata Fizz kepada mStar.

Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Fizz turut berkongsi artikel mStar pada Jumaat yang melaporkan kerajaan akan mendapatkan v4ksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini selaras dengan syor daripada Pentabiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesahkan v4ksin itu boleh digunakan mereka yang berumur lima hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia juga tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk suntik4n v4ksin tersebut.

Fizz 3

Fizz bersama isteri dan anak-anak.

Kata Almy yang juga seorang aktres, biarpun dos sudah dikurangkan namun dia bimbang kanak-kanak tidak mampu menampung kesan daripada v4ksin.

“Anak-anak saya bukan tempat untuk kerajaan buat uji kaji ya. Kami yang kena cucvk v4ksin pun tumbang bagai nak m4ti.

“Bayangkan anak-anak kecil kena walaupun dos dah dikurangkan tapi tetap sak1t ya. Tolong ambil perhatian ya wahai kerajaan.

“Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ini bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni,” tulis Almy di ruang komen perkongsian tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Fizz Fairuz, Almy Nadia sepakat tak setuju v4ksin anak-anak bawah 12 tahun – “Jangan mem4ksa, orang dewasa pun tak tahan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*