[Video] Wali anak buah, pak saudara pimpin tangan gadis beri semangat Undang Seb4k

Majlis pertunangan merupakan antara hari yang bermakna sebelum menuju ke fasa seterusnya dalam sesuatu hubungan. Ketika itu, dua buah keluarga akan saling berkenalan dan cincin tanda akan diberikan beserta perbincangan untuk majlis pernikahan.

Bagi kaum perempuan, momen untuk menerima cincin dari pihak lelaki adalah antara situasi gementar yang harus mereka lewati terutamanya semua mata memandang ke arahnya.

Momen adik bongsu bertunang

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TlkTok dikenali sebagai Ila Fauzi apabila berkongsi momen sewaktu adik bongsunya ingin bertunang.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah bapa saudara yang juga wali mereka telah memegang tangan adiknya sebagai tanda memberi semangat kepada gadis tersebut untuk keluar menerima cincin dari pihak lelaki.

Pimpin tangan anak buah

Pada awalnya, gadis berkenaan sedikit kalut kerana tidak sempat memakai pelitup muka namun bapa saudaranya menarik lembut tangan anak saudaranya untuk keluar menyarung cincin.

Video:

Situasi spontan terbabit telah dirakam dan menjadi perhatian ramai terutamanya di aplikasi TlkTok selepas dimuat naik. Menurut kakak kepada gadis tersebut, bapa mereka sudah meninggal dunia dan bapa saudara yang dipanggil Pakteh itu sangat rapat dengan mereka dan menjadi wali untuk adiknya.

Ulang part pegang tangan. Seb4k

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi berkenaan.

Mereka juga turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan ahli keluarga Ila Fauzi untuk mengadakan majlis adiknya yang seterusnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Nak pakai mask tapi pak sedara kata tak apa

Bergenang air mata tengok video

Teringat arw4h ayah

Kasih sayang berpanjangan

Tahniah dan semoga urusan seterusnya dipermudahkan

 

 

Sumber : ohmymedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : https://transformasi.pw

Be the first to comment on "[Video] Wali anak buah, pak saudara pimpin tangan gadis beri semangat Undang Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*