“Macam Budak Sekolah J4di Su4mi” Drama Belum Tay4ng Tapi Dah Dikr1tik, Ini Respon Afieq Shazwan

Baru dua hari drama ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 24, dikrit1k netizen gara-gara watak yang dibawakan dalam satu drama terbaharu yang disiarkan di slot Lestary TV3 dua hari lalu.

Dalam drama bersiri Diari Seorang Suami, Afieq membawa watak sebagai Hairi berlakon disamping aktres Yuna Rahim yang membawa watak Nisa iaitu isteri Hairi.

Memetik Xtra, ini merupakan kali pertama Afieq membawakan watak seorang suami yang diakui agak berat oleh tuan badan sendiri.

“Mereka komen dari segi luaran sahaja. Mereka kena fahamkan apa yang disampaikan melalui drama ini,” katanya.

Afieq juga tidak kisah dengan komen-komen neg4tif kerana baginya, dia mendalami watak kehidupan seorang suami seperti apa yang orang lalui di dunia realiti.

Malah, Afieq juga berpuas hati dengan penyampaiannya di dalam drama ini.

“Apa yang istimewanya dalam drama ini bagi saya adalah perubahan watak Hairi. Bermula dengan kehidupan remaja sehinggalah menjadi dewasa dan bergelar suami dimana ia mengubah watak Hairi menjadi matang,” kata Afieq ketika dihubungi Xtra.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Walaupun tidak pernah melalui pengalaman berumah tangga, Afieq mempunyai kawan-kawan seusia dengannya yang sudah mendirikan rumah tangga sebagai rujukan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakannya menjadi pendorong bagi Afieq menjayakan watak sebagai suami dengan sebaik mungkin.

Menurut Afieq, dia sejujurnya sangat risau kerana dia membawa watak yang sangat berat dan pengendalian drama ini juga sangat berat.

Tetapi Afieq yakin dia sentiasa melakukan sehabis baik untuk drama ini.

“Tidak hairan jika watak Hairi kelihatan muda kerana sekarang ramai yang berkahwin pada usia muda dan kadang-kadang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri berkait dengan apa yang dihadapi oleh watak Hairi dan Nisa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Apa yang diharapkan oleh Afieq bagi drama ini adalah penonton dapat ikuti dan fahami apa yang disampaikan dari awal sehingga habis serta merasakan keserasiannya bersama Yuna.

Drama slot Lestary yang bersiaran selama 13 episod dan ditayangkan mulai 12 November setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3 turut dibintangi oleh Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham dan ramai lagi.

Ala ok je pun muka “budak sekolah” tapi jadi suami, realitinya memang ramai pun kan kahwin diusia muda. Apa pula pendapat korang? – CARI

 

Sumber: Cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my

Be the first to comment on "“Macam Budak Sekolah J4di Su4mi” Drama Belum Tay4ng Tapi Dah Dikr1tik, Ini Respon Afieq Shazwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*