Pengantin Lelaki Hampir Jatuh, Pengantin Perempuan Pula Berebut Bunga Duit RM20K dengan Pengapit

Bukan biasa-biasa, begitulah kejutan diterima seorang pengantin wanita apabila suaminya sanggup mengangkat sendiri hantaran bernilai RM20 ribu dalam bentuk jambangan duit bunga yang begitu besar.

Pada awalnya, lelaki bernama Amirul ingin merakam detik mengeluarkan money bouquet gergasi tersebut daripada kereta hanya dengan menggunakan kudrat kedua-dua belah tangannya. Namun tanpa disangka-sangka, dia nyaris tersungkur ketika itu barangkali kerana terlalu berat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by S E H 🇲🇾 (@seh_amirul)

Setibanya di kawasan pelamin, gelagat isterinya pula mencuri tumpuan tatkala menerima gubahan hantaran perkahwinan istimewa tersebut.

Sambil diiringi beberapa orang bridesmaids, kedua-dua pengantin ternyata mencuit hati ramai apabila buat aksi berebut jambangan duit bunga gergasi berkenaan.

@seh_amirul8 pengantin nak jatuh bawa duit hantaran 20k 😂😂#fyp #fypシ゚viral #fy #fypdongggggggg #fypシ #fypage ♬ Are you ok? – 龙|•Aѕтяσ乙 🇰🇭

@seh_amirul8 pengantin perempuan berebut duit hantaran 20k 😂😂#fyp #fypシ゚viral #fy #fypdongggggggg #fypシ ♬ original sound – Syamila Azliani

Bukan saja kagum melihat saiz jambangan bunga hantaran tersebut, rata-rata netizen malah turut lega apabila pengantin lelaki tak terlentang ketika struggle mengangkatnya.

Dalam pada itu, mereka pada awalnya turut menyangka yang dikeluarkan daripada kereta itu adalah kaki isterinya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok seh_amirul8 & eaeny

Be the first to comment on "Pengantin Lelaki Hampir Jatuh, Pengantin Perempuan Pula Berebut Bunga Duit RM20K dengan Pengapit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*