“Eh? Ni Putera Mateen Ke?”- Wajah Tampan Suami Puteri Aisyah Jadi Bualan Ramai, Bukan Calang2 Orang Rupanya

Ibarat merpati dua sejoli, begitulah digambarkan dengan pelakon Puteri Aishah dan lelaki pilihan hatinya Muhammad Firdaus Sulaiman selepas diijab kabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pagi semalam.

Pelakon jelita, Puteri Aishah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur sekitar pukul 11.15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Mohd. Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.

Selain kecantikan pelakon berusia 27 tahun itu, suaminya yang juga ahli perniagaan turut mencuri perhatian warganet yang disifatkan mempunyai rupa paras segak dan sedap mata memandang.

Bagaimanapun berdasarkan komen netizen, terdapat segelintir berpendapat bahawa wajah lelaki berusia 28 tahun itu seiras Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen terutama jika dilihat dari bahagian sisi.

Malah, menerusi komen di foto majlis resepsi di laman Instagram milik pelakon Rahimah Tanpa Rahim itu, terdapat juga netizen mengatakan wajah Firdaus seperti aktor di dalam drama Thailand.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial)

 

Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan namun tidak berkongsi mengenai jumlah wang hantaran.

Pasangan tersebut menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah beberapa kali ditangguh akibat wabak c0v1d-19.

 

Sumber: Instagram Puteri Aishah & Rizman Ruzaini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Be the first to comment on "“Eh? Ni Putera Mateen Ke?”- Wajah Tampan Suami Puteri Aisyah Jadi Bualan Ramai, Bukan Calang2 Orang Rupanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*