“Janna Sakit Apa?”- Janna Nick Muntah Berterusan, Dah 4 Hari Tak Boleh Makan

Selepas kekasih hatinya dimasukkan ke hospital minggu lalu, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick turut menerima nasib sama apabila disahkan mengh1d4p vertigo.

Janna ketika dihubungi Kosmo Online! memberitahu, dia dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas tidak berapa sihat dan munt4h berterusan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Doktor kata saya mengh1d4p vertigo. Sebelum ini memang tak pernah ada simptom-simptom sebegitu.

“Sudah empat hari saya tak boleh makan, munt4h berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul.

“Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pit4m, kepala rasa sak1t dan tak selesa. Rasa seperti di awan-awangan,” katanya.

Tambah pelakon Marry Me Senorita itu, doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sak1t bagi mengelakkan dirinya daripada terus munt4h dan mengembalikan selera makan.

“Sekarang ini doktor dah check (periksa) dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.

“Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya,” ujarnya.

Janna menerusi Instagram turut memuat naik hantaran memaparkan dirinya ketika ini berada di sebuah hospital sambil menikmati hidangan sarapan pagi.

“Selamat pagi. Saya baik tiada apa-apa perlu dirisaukan. Tirus kan muka? makan munt4h, makan munt4h. Itulah korang selalu kata saya gemuk sangat,” tulisnya.

Tidak lama dahuluu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, turut pernah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu.

Baru-baru ini, selepas bekas pengacara Melodi itu meraikan kejayaan sebagai Bintang Paling Popular, buah hatinya Dini Schatzmann terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat demam dan terkena jangkitan kuman.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Janna Nick

Be the first to comment on "“Janna Sakit Apa?”- Janna Nick Muntah Berterusan, Dah 4 Hari Tak Boleh Makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*