Akui lebih dihargai di Indonesia, Baby Shima Nak Tukar Kewarganegaraan?

Sejak kebelakangan ini, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29 sering terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga namanya terus disebut-sebut di media sosial.

Paling terbaru adalah berkaitan penularan gambarnya yang dilihat seakan bermesraan dengan seorang lelaki di sebuah kelab malam. Namun, penyanyi tersebut tampil menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah salah satu adegan yang dilakonkan dalam muzik video lagu terbarunya bertajuk Lalai.

LAPORAN berita dari Indonesia mendakwa kononnya Baby Shima mahu berpindah ke negara itu sedikit sebanyak menambahkan lagi tekanan kepada penyanyi dangdut ini.

Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, dia tidak bermaksud ingin menukar status warganegara dan kenyataannya itu hanyalah salah faham.

“Kecaman netizen mengenai berita itu membuatkan saya lagi depresi… selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara.

Kecewa dengan fitnah dan kecaman daripada netizen Malaysia, Baby Shima dikatakan mahu berhijrah ke negara seberang, Indonesia.

Hal ini susulan tularnya beberapa tajuk artikel dari portal Indonesia yang mengatakan dia mengalami depresi kerana dibuli peminat dari Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Walau bagaimanapun, menerusi Mstar, penyanyi tersebut menjelaskan headline dari pihak sana menambahkan lagi tekanan sedia ada.

Menurutnya, salah faham tersebut mengakibatkan dia semakin teruk dikecam sedangkan penyayi itu sama sekali tidak pernah terfikir menukar kewarganegaraan walaupun akui lebih dihargai disana.

“Kecaman netizen mengenai berita itu membuatkan saya lagi deprasi…selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara,”
“Ya saya mengakui gembira berkarya di Indonesia kerana rasa lebih dihargai di sana tapi tak ada niat pun nak pindah kewarganegaraan,”
“Jangan risau, saya masih mencintai tanah air saya ini. Cuma saya ada beritahu tak sabar nak balik ke Indonesia secepatnya sebab banyak projek tergendala di sana, saya pun dah ada rumah di sana,” katanya.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Tambah penyanyi yang popular dengan genre dangdut itu lagi, dia mengatakan memang ada perbezaan dari netizen kedua-dua buah negara apabila peminat dari negara seberang lebih menghargainya kerana ada yang sanggup datang dari jauh untuk menonton konsertnya sebelum ini.

“Boleh tengok dari komen YouTube, Instagram atau Facebook perbezaan netizen kedua-dua negara macam mana…kebanyakan mereka mendoakan saya, boleh nampak perbezaan tu,”
“Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sangguo datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam.” jelas Baby Shima.

Baby Shima memulakan karier nyanyian di Indonesia selepas menyertai satu pertandingan nyanyian D’Academy Asia 3 pada tahun 2017.

Sejak dari itu, nama penyanyi berasal dari Johor Bahru berkenaan mulai mendapat tempat dan  peminat di sana sehingga mampu melebarkan kerjaya seni di Indonesia impak dari pertandingan tersebut.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar, OMM, Instagram Baby Shima

Be the first to comment on "Akui lebih dihargai di Indonesia, Baby Shima Nak Tukar Kewarganegaraan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*