“Jangan hanya kerana fesyen, kita lalai…”- Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers

Penyanyi rap Joe Flizzow meluahkan rasa ralat apabila melihat ada segelintir lelaki Melayu memakai baju Melayu dengan kasut jenis kasual.

Pantang melihat perkara itu, Joe turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencampuradukkan fesyen dan budaya apatah lagi baju Melayu merupakan pakaian tradisi.

“Saya paling pantang tengok orang (lelaki) berbangsa Melayu bersampin, lengkap bersongkok tetapi pakai sneakers (kasut kasual).

“Saya memang tak boleh (pantang) walaupun saya memang penggemar sneakers. Bagi saya, setiap acara, anda perlukan kasut atau sepatu yang betul.

“Bagi saya, benda itu salah. Bukan salah apa, tetapi baju Melayu adalah pakaian tradisi kita dan ia merupakan satu aspek yang sangat-sangat penting,” katanya.

Dalam pada itu, Joe turut mengingatkan kepada golongan muda supaya tidak lalai dan menggadaikan nilai tradisi atau budaya.

“Jangan hanya kerana fesyen, kita lalai dari segi tradisi. Setiap acara ada kasut yang tersendiri. Contoh, kalau nak panjat gunung, janganlah pakai kasut bola keranjang,” katanya.

Katanya lagi, tidak perlu bermewah dalam soal pemakaian serta kelihatan elok dalam menghadiri mana-mana acara asalkan sesuai dan selesa.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Jangan hanya kerana fesyen, kita lalai…”- Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Sneakers"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*