Lelaki terkejut harga sotong kayangan 2 ekor RM100, Makan di Restoran Popular Nasi Kandaq Penang

SOTONG memangnya sedap dan menjadi kegemaran ramai. Namun berhati-hati jika mengambil sotong di restoran nasi kandar kerana harganya boleh mencecah RM50 seekor.

Perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikm4ti nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong goreng berharga RM100 di sebuah restoran nasi kandar popular di sini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di Facebook, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikm4ti nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikm4ti bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam.

Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Sementara itu, wakil pengurusan restoran berkenaan ketika dihubungi Kosmo! hari ini memaklumkan pihaknya telah meletakkan tanda harga bagi setiap menu, manakala harga sotong berkenaan adalah harga standard di restoran itu.

Perkongsian yang dibuat di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna internet.

“Cekek darah nak mampuih , punya mahai gila. Nak cepat kaya la depa ni,” kata Farah Dina Johari.

“Ikut la jejak macam kat Langkawi! Kalau dulu kat Penang meja dah kena teyrapp (terbalik) dah!” komen Faradik Abd. Rahman.

“Kaww naa bro. Dulu nak jimat duit makan nasi selalu, sekali sekala makan McD ka pizza. Lani nak sep (jimat) duit makan fast food jangan makan kedai mamak. Orang tua KFC pun tak sezalim mamak nasi kandar la,” tamha Mahadhir Ismail.

“Sotong kayangan. Kena report,” nasihat Sharifah Noor Azah Al-Shahabuddin.

“Sotong ni dok satu kolam dgn siakap kat Langkawi,” gurau Ramizah Ramli.-SM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : K! ONLINE

Be the first to comment on "Lelaki terkejut harga sotong kayangan 2 ekor RM100, Makan di Restoran Popular Nasi Kandaq Penang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*