Tya Ariffin Bagi Pesanan Jatuh Bangun Kehidupan, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak…

Pelakon dan usahawan berjaya, Tya Arifin baru-baru ini berkongsi petikan motivasi yang cukup mengusik jiwa, apatah lagi ucapan yang dikongsikan itu menyentuh aspek jatuh bangun dalam kehidupan sebagai insan biasa di muka bumi ini.

Diri ‘Down’ Dan Tak Nak Bangkit, Itu Tak Normal

Walau apa pun cabaran yang dilalui, kita harus belajar untuk bangkit semula dari kejatuhan. Usahawan selebriti ini berpegang tegas bahawa sebagai manusia, harus belajar untuk kembali bangkit semula selepas kecundang dalam kehidupan dan kerjaya.

Namun lain pula jadinya apabila seseorang itu berada di bawah, baik dari aspek kehidupan peribadi mahupun kerjaya serta tidak mahu kembali berdiri di atas kaki sendiri, itu disifatkan sebagai tidak normal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Dalam sepintas lalu klip video yang dikongsikan di Instagram nya, terselit ucapan berbentuk motivasi dan pembakar semangat. Menurut Tya, jatuh bangun dalam kehidupan itu adalah satu perkara yang normal dan lumrah sebagai manusia biasa.

Selain itu, Tya juga memesan sebagai manusia, harus belajar untuk bangkit dan pergi lebih jauh lagi baik dalam kerjaya, perniagaan dan juga kehidupan masing-masing.

“Jatuh bangun dalam kehidupan, itu adalah perkara normal.

Yang tak normal adalah ketika anda jatuh, anda tak bangkit lagi.

Ketika anda untuk memilih berada di titik paling bawah dan anda tak nak naik lagi, jadi itu perkara tak normal.

Jadi ketika anda jatuh, apa patut anda buat.

Anda kena bangkit. Look up the sky.

Anda kena tengok alasan apa dan kenapa, saya nak buat benda ni

Insyaallah apa yang anda akan hadapi dalam hidup, anda akan terus go high, high and high..” Ujarnya

Betul kata Tya dalam hidup ni pasti ada naik turunnya, dan setiap kali jatuh kita harus berdiri dan kembali bangkit semula. Apatah lagi sebagai manusia biasa, ujian yang kita hadapi adalah tanda Sang Pencipta sayangi kita, betul tak?

Cantik… Tapi kenapa leher tu nampak?

Namun lain pulak yang dipandang netizen. Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan Tya Ariffin memakai sepasang busana bewarna merah dan digayakan bersama sehelai selendang senada dengan warna ‘dress’nya. 

Apa yang menarik perhatian adalah gaya selendang yang dipakai Tya menampakkan lehernya walaupun digayakan dengan labuh dan menutup dada. Rata-rata peminat dan netizen mempersoalkan gaya tudungnya itu dan menasihati Tya agar dapat menutup aurat dengan sempurna.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : MuraiMy

Be the first to comment on "Tya Ariffin Bagi Pesanan Jatuh Bangun Kehidupan, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*