Beng4ng kereta dilanggar, lelaki ramp4s beg ambil IC wanita ditahan P0lis

Sejak petang tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki yang bertindak kasar dengan merampas beg seorang pemandu wanita yang mengandungi kad pengenalan kerana bimbang dia melarikan diri.

Walaupun kereta lelaki itu yang menjadi mangsa pelanggaran, namun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang begitu kasar kerana dia sama sekali tidak mempunyai hak untuk memegang kad pengenalan orang lain.

Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @zairulnaimft apabila memberi nasihat supaya tidak melakukan tindakan kurang cerdik jika berlaku kemalangan kepada pemandu jalan raya.

Walaupun tiada sebarang penjelasan mengenai kejadian yang berlaku, namun menerusi ruangan komen pengguna TikTok tersebut, ramai yang merasakan tindakan lelaki itu tidak wajar kerana meminta kad pengenalan orang lain sesuka hati adalah satu kesalahan.

Lebih memburukan keadaan apabila dia mengambil beg pemandu wanita itu secara paksa dan membawa masuk ke dalam keretanya bagi dengan alasan enggan pemandu tersebut lari daripada bertanggungjawab diatas pelanggaran tersebut.

Walaubagaimanapun, Polis sudah menahan seorang lelaki yang didakwa merampas beg tangan seorang pemandu wanita yang terlanggar keretanya di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berusia 56 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, petang semalam.

“Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan tiga kenderaan. Kejadian berlaku apabila wanita yang memandu kereta BMW terlanggar belakang sebelah kanan kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki terbabit di hadapannya.
“Pelanggaran itu menyebabkan kereta lelaki itu terlanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HRV di hadapan yang dipandu oleh seorang wanita,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro, OMM

Be the first to comment on "Beng4ng kereta dilanggar, lelaki ramp4s beg ambil IC wanita ditahan P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*