Uyaina Arshad Pernah Diminta Buat Gosip Liar Pergi Ke Kelab Malam Sebab Tak Popular

Menerusi satu perkongsian di Twitter, pelakon Uyaina Arshad mendedahkan pernah diminta berlakon ‘minum’ di kelab malam semata-mata untuk meraih populariti kerana dirinya kurang popular.

Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi kisah terbabit selepas tular isu mengenai pelakon dipilih berdasarkan populariti dan jumlah pengikut di platform media sosial.

Bercerita lebih lanjut pengalamannya itu di akaun rasmi Twitternya, pelakon itu berkata hal itu masih segar dalam ingatannya hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sama ada individu terbabit adalah daripada pihak stesen televisyen ataupun rumah produksi.

“Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. ‘Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’. Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu,” tulisnya.

Kata Uyaina lagi, meskipun perkara itu sudah empat tahun berlalu namun ianya masih segar lagi dalam ingatannya.

Bagaimanapun, Uyaina tidak mendedahkan sama ada individu yang memintanya melakukan hal tersebut daripada pihak stesen televisyen atau syarikat produksi.

Baru-baru ini kecoh di media sosial khusunya di Twitter berkenaan dengan isu pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial selepas pelakon popular Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada syarikat penyiaran.

Beto Kusyairi adegan dengan api

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Beautifulnara, rotikaya

Be the first to comment on "Uyaina Arshad Pernah Diminta Buat Gosip Liar Pergi Ke Kelab Malam Sebab Tak Popular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*