“Bukan senang jaga anak perempuan…”- Ibu Ini Dipuji Sanggup Jadi ‘Pengawal’ Ikut Anaknya Keluar Dengan Kawan2

Tugas untuk mendidik dan membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Cara didikan juga perlu berbeza antara anak lelaki dan perempuan. Ada caranya yang tertentu bagi memastikan mereka membesar sebagai individu yang terbaik.

Kata orang, membesarkan anak perempuan lagi susah berbanding jaga lembu sekandang. Sejak dahulu lagi, kita sering mendengarkan ayat ini tatkala melihat layanan terhadap anak gadis mereka lebih tegas berbanding anak lelaki. 

Seperti yang dilakukan oleh @nadiasyida iaitu seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata di TikTok, dia tidak mempunyai keberanian untuk melepaskan anak gadisnya keluar dengan rakan-rakan.

Video tersebut menyaksikan Puan Nadia sanggup menjadi ‘pengawal’ tidak berbayar mengikut puterinya keluar di sebuah pusat membeli-belah.

@nadiasyida

Nadia Syida | Real Estate Negotiator | IQI Realty | 0137000911

♬ suara asli – Mrs.attitude 🇮🇩 – Punya iyoo🖤

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 130 ribu jumlah tontonan. Para ibu bersetuju dengan tindakan Puan Nadia dengan menyatakan mereka juga selalu buat perkara sama bila anaknya keluar.

Pernah rasa diri dikongkong oleh ibu bapa semasa remaja, namun mereka sendiri faham perasaan tersebut selepas mempunyai anak.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok nadiasyida & Instagram nadiasyida

Be the first to comment on "“Bukan senang jaga anak perempuan…”- Ibu Ini Dipuji Sanggup Jadi ‘Pengawal’ Ikut Anaknya Keluar Dengan Kawan2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*