“Mahalnya untuk sebiji!”- Harga Sekeping Roti Canai Kosong RM4 Di Langkawi Pula Dapat Perhatian

Roti canai antara sajian sarapan kegemaran ramai. Lihata sahaj restoran yang menjual roti canai best, pasti penuh dengan pelanggan. Lebih enak jika didatangkan dengan kuah kari serta sambal yang power. 

Baru-baru ini seorang pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai di Langkawi .

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, selepas kejadian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000, kini pihaknya menerima pula aduan roti canai mahal di pulau tersebut.

Kata beliau, pengadu mendakwa gerai roti canai yang terletak ditepi jalan itu mengenakan caj RM4 bagi sekeping roti canai biasa.

“Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.

“Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.

“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” katanya.

Tambahnya, sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri ini.

“Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan,” ujarnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Utusan Malaysia

Be the first to comment on "“Mahalnya untuk sebiji!”- Harga Sekeping Roti Canai Kosong RM4 Di Langkawi Pula Dapat Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*