Belum Sempat Majlis Bertandang, Pengantin Lelaki Ini Mavt Kemalangan

Keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin Jumaat lalu, memilih pelamin untuk majlis bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dalam sebuah kemalangan di Kampung Galok, di sini, 4.45 petang semalam.

Kemalangan berkenaan meragut nyawa Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, manakala isterinya, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, luka ringan di kepala.

Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk memilih pelamin untuk majlis bertandang sebelum terbabit kemalangan di Kampung Galok, Pasar Mas kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Menurut adik mangsa yang dikenali sebagai Wan Ahmad Aizat Wan Abd Razak, 23, dia memaklumkan mendapat panggilan telefon daripada isteri abangnya yang memberitahu mereka mengalami kemalangan.

Dia bergegas ke Hospital Pasir Mas dan terkedu sekali lagi apabila abangnya dikhabarkan sudah meninggal dunia.

“Kali terakhir kami berjumpa ketika sarapan pagi bersama-sama di rumah ibu pagi tadi (semalam), memandangkan saya merancang untuk pulang Tanjung Malim, Perak, tempat saya bekerja pada sebelah petang.
“Kami berdua sangat akrab malah boleh dikatakan hampir setiap hari dia menelefon saya sebelum majlis perkahwinannya, untuk berkongsi persiapan dan keterujaan dia mendapat isteri memandangkan saya sudah berkahwin beberapa bulan lebih awal daripada abang,” katanya.

Wan Ahmad Aizat dalam keadaan sebak mengakui, abangnya itu seorang anak yang sangat taat pada ibu mereka selain disenangi rakan-rakan kerana keramahannya selain suka membantu kenalan yang dalam kesusahan.

“Pemergiannya benar-benar memberi kesan buat kami sekeluarga, apatah lagi hanya beberapa hari dia membina ‘masjid’ bersama isteri tercinta. Bagaimanapun, kami reda dan akan terus menguatkan semangat kerana isterinya juga perlukan sokongan kami sekeluarga untuk terus kuat.

“Insya-Allah sebaik selesai semua urusan di hospital, jenazah abang akan segera dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, di Kota Bharu,” katanya.

Dalam pada itu,  Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi memberitahu yang ada menerima laporan tersebut dan mengesahkan kejadian itu.

“Hasil siasatan mendapati, pasangan berkenaan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan menyebabkan terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza ketika dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
“Selepas bedah siasat dilakukan, didapati mangsa yang parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HPM, manakala isterinya mengalami luka di bahagian kepala.
“Kes disiasat di bawah sekksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro (Syaherah Mustafa), FB Nor Ainsya, OMM

Be the first to comment on "Belum Sempat Majlis Bertandang, Pengantin Lelaki Ini Mavt Kemalangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*