“99% rakyat Malaysia fokus kat dia…”-Ramai Kecewa Penjaga gol KL City Beraksi Cemerlang & ‘Handsome’ Rupanya Dah Kahwin

Piala Malaysia 2021 kali ini telah kembali ke Ibu Kota selepas 32 tahun ‘merantau’ selepas pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mengalahkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Ia merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna buat KL City apabila menjadi pasukan yang tidak disangka akan menjuarai Piala Malaysia memandangkan lawannya adalah pasukan bintang dari selatan Tanah Air.

Antara pemain yang menjadi perhatian ramai dalam pertembungan tersebut adalah penjaga gawang KL City apabila beraksi cemerlang dengan menangkis baik semua hantaran berbahaya daripada pemain JDT.

Bagi penyokong golongan wanita pula, sudah tentu terpukau dengan ketampanan pemain tersebut iaitu Kevin Ray Mendoza Hensen.

Rata-rata warganet yang menonton perlawanan KL City vs JDT malam tadi sudah mulai meninggalkan komen di media sosial penjaga gawang tersebut apabila followers Kevin naik mendadak selepas perlawanan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kevin Ray Mendoza Hansen (@kevinraymendoza)

Namun, menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok @nyominyoms, rasanya ramai juga yang telah patah hati kerana pemain berusia 27 tahun itu sudah pun mempunyai pasangan.

@nyominyoms Hari hari rancak, mendozaaa 🔥 MOTM 🏆 #kevinmendoza #klcity #pialamalaysia2021 #fyp #fypシ #bolasepak ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dalam video yang dirakam selepas pemainan tamat, Kevin dilihat memeluk pasangannya yang duduk di bangku penonton. Wanita itu juga turut memuat naik gambar memeluk pemain tersebut sambil meninggalkan kapsyen mengharukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadia Bækgaard (@nadiabaekgaard)

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, komen-komen yang diterima kebanyakkannya menjurus kepada memuji ketampanan pemain tersebut disamping tidak menafikan bahawa kehebatannya menjaga gawang pasukan KL City daripada dibolosi gol dari pihak JDT.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :TikTok @nyominyoms, Instagram Kevin Ray Mendoza, 

 

Be the first to comment on "“99% rakyat Malaysia fokus kat dia…”-Ramai Kecewa Penjaga gol KL City Beraksi Cemerlang & ‘Handsome’ Rupanya Dah Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*