“Saya nak jadi nom 3 kak…”- Tular Suami Bagi Bini Muda RM20K sebelum balik rumah isteri tua

Golongan lelaki perlu memahami secara menyeluruh keinginan untuk berpoligami bagi mengelak perbalahan dan kegagalan membahagi hak sama rata sehingga menyebabkan kesengsaraan dalam institusi keluarga.

Poligami ini perlu seiring dengan kefahaman berkaitannya yang bertujuan untuk berkeluarga dengan mengamalkan konsep mawaddah iaitu bahagia hingga ke Jannah, dan bukannya meninggalkan sengsara kepada mana-mana isteri.

Namun, jika sudah merasai kebahagiaan berpoligami, perkara tersebut tidak menjadi masalah dan tugas seorang suami pula haruslah adil dengan isteri-isteri yang lain.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fara Zurkanaini apabila memuat naik satu videoΒ  diberikan suami RM20,000 tunai selepas meminta duit belanja sebelum lelaki itu balik ke rumah isteri satu lagi.

@farahzurkanaini Minta duit belanja dia bagi 20k..klau mcm ni aku nk minta istana lah🀣 #fyp #poligami ♬ suara asli – π•¬π–—π–Žπ–˜ π•΄π–—π–Šπ–“π–Œ

Dia yang merupakan isteri kedua juga sempat berselorohΒ  diruangan kapsyen dengan meminta sebiji istana memandangkan duit RM20,000 senang sahaja diberinya.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari 300 ribu viewers tidak sampai sehari dimuat naik. Rata-rata mereka berasa gembira dengan kebahagian yang dikecapi pengguna TikTok itu.

Ada juga yang mengatakan jika suami dapat memberikan duit belanja sebesar itu, hidup dimadukan pun tidak mengapa kerana tahu suaminya mampu menanggung segala keperluan isteri-isteri.

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Β 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TvΒ 

Sumber : TikTok @farahzurkananini, OMM

Be the first to comment on "“Saya nak jadi nom 3 kak…”- Tular Suami Bagi Bini Muda RM20K sebelum balik rumah isteri tua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*