“Tak ada disiplin!”- Tular Video Wanita Sesuka Hati Basuh Tangan Atas Lantai MRT

Sebuah klip video memaparkan seorang penumpang membasuh tangannya ketika berada di dalam sebuah tren Rapid KL tular di laman Twitter hari ini.

Sebagai pengguna pengangkutan awam, rasanya setiap individu seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kerana ia turut digunakan oleh orang lain.

Namun, berbeza dengan tindakan seorang pengguna MRT ini apabila dengan sesuka hati membuka botol minuman dan mencurahkan air ke lantai train untuk membasuh tangan.

Klip video berdurasi 13 saat itu memperlihatkan seorang wanita dipercayai warga emas dengan selamba mencuci tangannya menggunakan sebotol air di atas lantai tren terbabit.

Situasi tersebut telah dirakam oleh pengguna yang lain dan dipanjangkan ke pengurusan Rapid KL. Justeru itu, pihak Rapid KL telah memuat naik video berkenaan di Facebook serta menegur perbuatan kurang bertanggungjawab tersebut.

Pihak Rapid KL menasihatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam tidak meniru perilaku kurang sopan itu dan lebih beretika dalam menjaga keselesaan bersama.

Dalam pada itu, Rapid KL turut menasihatkan agar penumpang memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa kesal melihat perlakuan sebegitu yang bersifat mementingkan diri sendiri dan mengecam tindakan wanita itu.

“Paling dasyat aku pernah tengok, selalu nampak orang minum air manis selepas itu tertumpah sahaja,” kata Nabil.

“Banyak kali tengok video ini sambil berkerut dahi. Sebab tak faham kenapa dia bertindak begitu,” kata Fyda.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Facebook RapidKL, Twitter RapidKL

Be the first to comment on "“Tak ada disiplin!”- Tular Video Wanita Sesuka Hati Basuh Tangan Atas Lantai MRT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*