“Bila Nabi sebut, jangan di’sampah2’kan…”- Ustaz Kazim Elias Tegur Dr Rafidah, Ini Alasannya

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi sebuah video di laman TikTok, tampil memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai produk kurus yang semakin laris dijual di pasaran.

Menerusi video tersebut Dr Rafidah menjelaskan tiada jalan singkat bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan melainkan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pada masa yang sama, dia turut memohon kepada orang ramai supaya tidak percaya dengan janji-janji ‘palsu’ yang ditawarkan oleh produk tersebut.

“Teh dari daun senna bagi kurus? Hanya mampu termenung dengan maklumat sampah macam ini. Please tolonglah praktik gaya hidup sihat. Kenapalah susah sangat, jangan malas!”

“Semua produk kurus adalah sampah. Kecuali anda mahu merisikokan organ dalaman sendiri.”

Susulan daripada itu, pelakon cantik, Rita Rudaini dipercayai tidak bersetuju dengan kenyataan yang disampaikan oleh Dr Rafidah dan menjelaskan daun senna merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi.

“Doktor daun senna tu sunnah Nabi. Rajin doktor main TikTok, sister tolong promote account TikTok doktor ya. Cutenyaa buat macam tu. Geram macam nak cubit-cubit pipi sebab comel sangat macam heroin Korea.”

Penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) turut meninggalkan komen menerusi video ‘peringatan’ Dr Rafidah.

Menerusi komen tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan terdapat khasiat yang terdapat dalam dalam daun senna dan meminta supaya Dr Rafidah lebih berhati-hati selepas ini.

Bagaimanapun, mungkin berlakunya salah faham berikutan apa yang cuba ‘ditekankan’ oleh Dr Rafidah adalah produk kurus sampah bukannya daun senna semata-mata.

@rafidah72 Tiada jalan singkat untuk kurus. PLEASE.#pakarbuahpinggang #nephrodoctor #sayangibuahpinggang #elakproduksampah #gayahidupsihat #mybuahpinggang #sukusukuseparuh ♬ Easy On Me – Adele

 

Sumber: Rita Rudaini & Dr. Rafidah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "“Bila Nabi sebut, jangan di’sampah2’kan…”- Ustaz Kazim Elias Tegur Dr Rafidah, Ini Alasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*