[VIDEO] Mungkir Janji Berb*gel Dari KL Ke Johor,Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau

Seperti diketahui umum, seorang individu yang dipercayai merupakan penyokong pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tular di media sosial selepas perlawanan final TM Piala Malaysia pada 30 November lalu. Ia susulan lelaki tersebut ‘mencabar’ dirinya untuk tidak berpakaian dari Kuala Lumpur hingga ke Johor sekiranya skuad KL City berjaya menumpaskan JDT dalam aksi yang berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil tersebut.

Gara-gara keputusan memihak kepada KL City pada malam tersebut, individu berkenaan terus diburu netizen bagi menuntut ‘janjinya’.

Walau bagaimanapun, tular pula sekeping gambar memaparkan lelaki tersebut dengan kapsyen bahawa cabaran itu tidak dapat direalisasikan olehnya konon mengalami sesak nafas.

Terbaru, pengguna akaun TikTok tintedoffer2 memuat naik video permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas ‘ketelanjuran’ katanya tempoh hari.

Bukan setakat berjanji untu tidak mengulangi kesilapan tersebut, malah lelaki itu turut bernazar untuk meletakkan tinted percuma pada seluruh tingkap sebuah surau sambil berkongsi paparan mengenai gerak kerja tersebut.

@tintedoffer2

sya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia…

♬ original sound – tintedoffer2

“Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ni, saya berjanji tak akan mengulanginya lagi.

“Dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada sebuah surau, saya harap rakyat Malaysia boleh memaafkan saya,” katanya.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok tintedoffer2 sekitar tiga jam lalu itu telah mendapat hampir 500,000 tontonan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap proaktif lelaki tersebut selain memaafkan ‘khilafnya’. Dalam pada itu, mereka turut berpesan kepada masyarakat di luar sana agar mengambil iktibar daripada isu viral berkenaan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Tiktok tintedoffer2

Be the first to comment on "[VIDEO] Mungkir Janji Berb*gel Dari KL Ke Johor,Penyokong JDT Mohon Maaf Secara Terbuka, Ganti Niat ‘Nazar’ Baiki Surau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*