“Muka macam perempuan belaan…”- Konon Terima Usop Sebab Artis, Tunang Cantik Balas Mulut Celupar Netizen!

Kira-kira sebulan yang lalu, penyanyi terkenal Usop membuat ramai terkejut apabila memuat naik gambar pertunangan bersama seorang gadis kelahiran Pulau Pinang. Paling menjadi tarikan adalah kecantikan yang dimiliki oleh Nur Fatihah Md Hashim saat mengenakan persalinan berwarna biru muda pada majlis berkenaan.

Sering disoal kenapa pilih Usop sebagai pasangan…Konon terima cuma sebab seorang artis

Walau bagaimanapun, terbaru Fatihah tampil menyuarakan isi hatinya apabila sering disoal soalan sama tentang sebab utama memilih Usop sebagai pasangan. Malah ada yang mengatakan gadis berusia 24 tahun ini menerima pemuda tersebut hanya kerana dia adalah seorang artis terkenal.

@teharicher Gadis Malaysia 😍 #penang #fypシ luhh #wherewherecome #teharicher ♬ original sound – Yoon Yati

Yes muka memang macam perempuan belaan, tapi maaf ya bukan style saya

Meskipun wajahnya sering disebut seperti seorang yang ‘high demand’, namun dirinya mengaku hanyalah gadis biasa. Dalam pada itu, Fatihah menegaskan mempunyai kerja serta bisnes online sendiri dan tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk bergaya.

@teharicher takperlu cerita susah senang seseorg tu.. mungkin Allah tk bg senang sekarang, insyaAllah rezeki dimana2🥰 yg penting USAHA..rezeki masing2😘😍 #fypシ ♬ Jangan Pernah Berubah – ST12

Jangan sampai kata-kata orang jejaskan hubungan…Pedulikan apa orang bercakap pasal diri kita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakannya yang tidak hanya berdiam apabila menerima tohmahan. Bukan itu sahaja, ramai juga mendoakan pasangan tersebut untuk terus cekal dengan pelbagai dugaan sebelum bergelar suami isteri.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Tiktok Teha richer

Be the first to comment on "“Muka macam perempuan belaan…”- Konon Terima Usop Sebab Artis, Tunang Cantik Balas Mulut Celupar Netizen!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*