“Biarlah kerana Allah…”- Gaduh Dengan Isteri, Ini Sebab DaddyCap Jarang ‘post’ Gambar Elis Di Instagramnya

Perkahwinan Ariz Ramli atau kini mahu dikenali sebagai Daddycap dengan seorang wanita berasal dari Kelantan dikenali sebagai Farrah Inalis sememangnya mencuri perhatian ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds 🧢🍚 (@daddycapofficial)

Namun, dalam kegembiraan mereka melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina, ramai yang bertanya kepada penyanyi itu sama ada menegur ataupun tidak isterinya yang belum berhijab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds 🧢🍚 (@daddycapofficial)

Menjawab dengan hemah perkara tersebut, Ariz memaklumkan sebagai suami pastinya dia ada menyuarakan perkara berkenaan namun tidak  mahu memaksa isteri berubah hanya disebabkan netizen ataupun dirinya. Biarlah keinginan tersebut hadir dari hati dan kerana Allah S.W.T.

Tak hanya itu, selebriti yang pernah dilanda kontroversi pertengahan tahun ini turut memaklumkan yang isteri tercinta pernah bertanya mengapa jarang berkongsi gambar dirinya di akaun Instagram utama.

Jawab Daddycap, dia hanya akan membuat posting gambar isterinya andai wanita itu memakai hijab. Jadi, bagi mengotakan janjinya, dia telah memuat naik beberapa gambar Elis yang manis bertudung.

Selain daripada menasihati Elis untuk perlahan-lahan mengenakan tudung, selebriti itu juga menjadikan beberapa artis wanita yang kini tampil berhijab untuk memberi dorongan dan semangat kepada isterinya.

Jadi, dia sangat menghargai mereka yang tidak jemu memberikan nasihat dan berjanji untuk menjadi suami dan ayah yang lebih baik pada masa hadapan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram daddycapofficial, signbycap, OMM

 

Be the first to comment on "“Biarlah kerana Allah…”- Gaduh Dengan Isteri, Ini Sebab DaddyCap Jarang ‘post’ Gambar Elis Di Instagramnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*