Nora Ariffin Ajak Penyebar Fitnah Jumpa ‘Face To Face’ Pula

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil mengulas lanjut mengenai kontroversi panas yang melibatkan rumah tangganya dengan suami, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nora, 49, menegaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana perkahwinan tidak boleh dipaksa.

Kata Nora, niat asal dia menghebahkan berita gembira itu kepada umum adalah untuk mengelakkan timbul fitnah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dgn perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar.”

“Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah.”

“Niat saya betul-betul kerana Allah. Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah.”

Tambah pemilik nama Wan Norafizah Ariffin, walaupun dia bergelar seorang selebriti tetapi itu tidak bermakna dia harus berkongsi segalanya mengenai kehidupan peribadi.

“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau terangkan segalanya tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That’s my privacy.”

“Sekiranya perbuatan saya salah di sisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dariNya. Dan biarlah para agamawan, aulia yg memberi nasihat pada saya. Insya-Allah. Saya akan perbetulkan kesalahan saya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Secebis Harapan menyeru agar individu terbabit tampil bersemuka kerana dia ingin mengetahui tujuan sebenar menyebarkan dakwaan tidak berasas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami, tolong tampil bertemu muka. Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.

Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tudugan yang tidak tepat dan berasas ini? Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan social media dan akaun palsu untuk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya direct.

Apa niat awak? Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya. Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya. Itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami.. tidak boleh dipaksa- paksa. Saya serahkan pada Allah SWT.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

 

Sebelum ini, Nora menerusi laman Instagram (IG) mengesahkan sah bergelar isteri kepada sahabat baik arwah suaminya, baru-baru ini.

Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Kemudian, pada 13 Disember 2019, Nora diduga pula dengan kem4tian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sumber: Instagram @itsnoraariffin

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "Nora Ariffin Ajak Penyebar Fitnah Jumpa ‘Face To Face’ Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*