“Mommy sayang kamu lebih dari segalanya…”- Ucapan Maaf Fazura Kepada Anaknya Fatima Raih Perhatian

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengumumkan varian baharu Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).

Kali pertama dilaporkan di Botswana dan Afrika Selatan pada 24 November lalu, varian ini merebak ke pelbagai negara di benua Afrika, Eropah, Asia dan Australia.

‘Keistimewaan’ varian baharu ini ialah bilangan mutasinya yang luar biasa, iaitu 50 mutasi yang menggabungkan beberapa mutasi VOC sebelumnya (Alpha, Beta, Gamma, dan Delta).

Berikutan penularan wabak c0v1d-19 varian jenis Omicron mula berleluasa di luar negara, banyak negara telah mula mengeluarkan perintah larangan menyekat pergerakan pelancongan di negara masing-masing.

Batal Rancangan Melancong Kerana Lebih Sayangkan Anak

Usahawan selebriti jelita, Nur Fazura yang memuatnaik foto yang memaparkan pembaca berita luar negara yang menyampaikan kenyataan sekatan pelancongan di Instagram nya menarik perhatian ramai.

Berdasarkan perkongsian wanita serba boleh ini di Instagram nya, Fazura seperti merancang untuk membawa anak perempuan kesayangannya bercuti ke luar negara.

Namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan, gara-gara penularan virus varian jenis Omicron mula menular di luar negara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Maaf Fatima, nampaknya kita tak akan melancong dalam waktu terdekat. Mommy sayangkan kamu lebih dari segalanya.” Luahnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

DG Hisham, Rakan Artis Dan Peminat Beri Komen Menarik

Melihat hantaran Fazura di media sosial itu,  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Doktor Noor Hisham, rakan industri, dan peminat menyarankan agar usahawan selebriti tersebut duduk di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Selain itu, ada juga peminat yang menyarankan usahawan jelita ini untuk bawa Fatima bercuti di dalam negara sambil beri nasihat elak berkunjung ke tempat yang sesak dan ramai orang.

Gara-gara Omicron terpaksa batal hasrat nak bawa keluarga bercuti ke luar negara, sama-sama kita doakan yang agar wabak ini dapat ditangani segera.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Murai

Be the first to comment on "“Mommy sayang kamu lebih dari segalanya…”- Ucapan Maaf Fazura Kepada Anaknya Fatima Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*