Siapa sangka Cinta Lokasi berputik, Jeon Jong Seo ‘dating’ pengarah Lee Choong Hyun

BINTANG filem The Call iaitu Jeon Jong Seo mengejutkan ramai peminat apabila mengesahkan kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pengarah Lee Choon Hyun.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan Jeon Jong Seo iaitu My Company memaklumkan pasangan ini sedang mengenali antara satu sama lain.

“Dia sekarang ini sedang mengenali Lee Choong Hyun.

“Kedua-duanya memiliki perasaan antara satu sama lain dan baru-baru ini mula menjalinkan hubungan,” jelas pihak pengurusan.

Hubungan Jeon Jong Seo dan Lee Choong Hyun dikatakan terjalin semasa mereka menjayakan projek yang sama iaitu filem The Call.

The Call ditayangkan di platform penstriman terkenal, Netflix pada November tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Siapa sangka Cinta Lokasi berputik, Jeon Jong Seo ‘dating’ pengarah Lee Choong Hyun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*