(VIDEO) Sanggup Beratur Hampir 1 Kilometer Demi Sepinggan Nasi Kandar

Terperangkap dalam kesesakan di pusat bandar dan kemudiannya terpaksa beratur panjang pula untuk menikmati hidangan nasi kandar tidak menjadi halangan buat pemburu makanan di Pulau Pinang.

Dikenali sebagai syurga makanan, pusat bandar dan lokasi makanan popular di bahagian pulau atau lebih dikenali sebagai Tanjung bagi penduduk tempatan sesak dengan kebanjiran pengunjung. Bagi penggemar nasi kandar, beratur panjang untuk sepinggan juadah itu bukanlah perkara asing untuk diceritakan.

Begitulah yang terjadi apabila tibanya hujung minggu atau musim cuti panjang di mana pelancong terutamanya penggemar nasi kandar pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikm4ti hidangan asli dari Pulau Mutiara itu.

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik saudara Muhammad Fauzi Osman di media sosial Facebook, sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang iaitu Deen Maju telah diserbu pelanggan yang sanggup beratur hampir 1 kilometer dari kedai.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video itu, ramai yang tampil berkongsikan pengalaman sama apabila mereka terpaksa beratur panjang hanya sekadar untuk merasai juadah popular di negeri itu.

“Beratur panjang tak ada masalah, asalkan dapat makan nasi kandar original dari Pulau Pinang.” sahut seorang lagi pengguna Facebook.

Bagi pengunjung dari Johor, Mohd. Izwan Abdullah, 40, dia tidak kisah untuk beratur bagi mendapatkan sepinggan nasi kandar di restoran kegemarannya kerana hampir dua tahun dia tidak berkunjung ke Pulau Pinang ekoran pandemik Covid-19.

“Saya beraturhampir 2 jamsebelum mendapat giliran untuk membeli nasi kandar.

Tidak dinafikan, terdapat banyak kedai dan juga restoran yang menjual nasi kandar di sekitar negeri Pulau Pinang dan ia telah menjadi menu wajib dinikm4ti pelancong jika berkunjung ke negeri itu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Beautifulnara

Be the first to comment on "(VIDEO) Sanggup Beratur Hampir 1 Kilometer Demi Sepinggan Nasi Kandar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*