Bakal sertai Jurulatih Ralf Rangnick di Manchester United, siapa sebenarnya Chris Armas?

BEKAS pengurus Toronto FC, Chris Armas bakal menyertai barisan kejurulatihan Manchester United selepas ketibaan Ralf Rangnick.

Armas dipecat Toronto pada Julai lalu selepas kurang enam bulan bersama pasukan tersebut.

Di bawah kendaliannya, Toronto mengalami kekalahan 1-7 kepada D C United, kekalahan paling memalukan sepanjang sejarah kelab itu.

Ia adalah perlawanan terakhir Armas ketika bersama Toronto.

Armas pastinya mahu memulihkan reputasinya di Manchester United selepas menjadi kakitangan pertama diambil di bawah bimbingan Rangnick.

Satu-satunya kelebihan daripada kehadiran Armas ialah dia serta Rangnick sudah mengenali antara satu sama lain selepas pernah bekerjasama di New York Red Bulls.

Rangnick adalah ketua sukan dan pembangunan kelab Red Bull di New York dan Brazil manakala Armas dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu. – Dailymail.co.uk

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Bakal sertai Jurulatih Ralf Rangnick di Manchester United, siapa sebenarnya Chris Armas?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*